Mengenai Kami

Wing Tung (Malaysia) Sdn Bhd telah mengamanahkan kuasa kepada Socma Trading (M) Sdn. Bhd. sebagai wakil pengedar minuman herba JDB di Malaysia untuk mengendalikan pemprosesan dan kerja-kerja pengurusan jualan minuman herba JDB.   

 

Kumpulan JDB merupakan sebuah syarikat besar yang mengusahakan kerja penanaman bahan-bahan mentah selain daripada pengeluaran serta jualan produk minuman. Ditubuhkan pada tahun 1995, syarikat ini memperkenalkan teh herba dalam tin yang pertama pada tahun 1996. Pada tahun 1998, JDB menubuhkan pangkalan pengeluaran produk yang pertama di Pekan Changan, Bandar Dongguan, Daerah Guangdong. Demi memenuhi keperluan pasaran di China dan luar negara, pangkalan pengeluaran produk turut ditubuhkan di Bandar Shaoxing, Daerah Zhejiang, Bandar Shishi, Daerah Fujian, Beijing, Bandar Wuhan, Daerah Hubei, Bandar Hangzhou, Daerah Zhejiang, Bandar Qingyuan, Daerah Guangdong, Bandar Ziyang, Daerah Sichuan, dan Bandar Xiantao, Daerah Hubei. 

Sepanjang tahun pengusahaan, JDB telah berusaha dengan penuh semangat untuk mencipta jenama minuman bertaraf dunia untuk negara China, bagi mewariskan kebaikan kesihatan dan budaya tradisional Cina. Selama ini, syarikat ini telah berusaha untuk menjadi lebih inovatif dan kini mereka telah berjaya mempertingkatkan strategi dengan memperkenalkan minuman herba JDB bertin emas! Tujuan syarikat adalah untuk membina rangkaian pemasaran global dan berusaha tanpa berhenti bertuju ke arah visi 2.0 “Teh Herba Mimpian China”.

 

Socma Trading (M) Sdn Bhd ialah ejen sah untuk Minuman Herba Jia Duo Bao dan Minuman Herba Wong Lo Kat di Malaysia yang diberi kuasa oleh JDB International Group Co.,Ltd di Hong Kong.

Minuman Herba Jia Duo Bao ialah jenama milik JDB International Group Co., Ltd. Dan JDB Group. Minuman Herba Wong Lo Kat ialah jenama Minuman Herba yang didaftar oleh JDB International Group Co., Ltd. di luar negara China.

Mana-mana syarikat atau individu yang mengimport dan menjual Minuman Herba Jia Duo Bao dan Minuman Herba Wong Lo Kat di Malaysia tanpa kebenaran daripada JDB International Group Co., Ltd. di Hong Kong dan Socma Trading (M) Sdn Bhd di Malaysia dianggap telah melanggar undang-undang hak cipta.

Untuk Maklumat Lanjut: www.socma.com.my

Produk

Minuman Herba JDB - Tin Emas

Minuman Herba JDB - Tin Emas

Minuman Herba JDB - Tin Emas (Pek 6 Tin)

Minuman Herba JDB - Tin Emas (Pek 6 Tin)

Minuman Herba JDB - Tin Emas

Minuman Herba JDB - Tin Emas

Hubungi Kami

Blok N-8-06, The Gamuda Biz Suites, Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Email : customerservice@socma.com.my

Lot 805, Jalan Subang 5, Taman Perindustrian Subang,  47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.			
Email : customerservice@socma.com.my